Tentang Diri

 Assalamualaikum.

 Hi, semua. Nama saya Nurhayati. Boleh panggil saya Yati. Dalam keluarga kebiasaannya Ummi, Abah, Kakak, Abang dan saudara terdekat akan panggil saya Ati atau Ti sahaja. Sahabat- sahabat di kolej pula lebih mengenali saya dengan gelaran Bell (loceng). 

Saya dilahirkan di Muar, Johor. Namun sekarang menetap di Kuala Lumpur. Sudah berkahwin bersama jejaka pilihan hati serta mempunyai 6 orang anak yang sangat cerdik dan comel.


Saya merupakan seorang pemandiri kanser kalenjar air liur atau dalam bahasa saintifik nya Adenoid Cystic Carcinoma. Pernah menjalani 2 kali pembedahan serta 30 kali radioterapi pada tahun 2021.

Tiada yang lebih berharga dari dapat bersama orang- orang yang kita sayang. Anak-anak dan suamilah yang sentiasa menjadi pembakar semangat buat saya selama ini. 


Syukur ke hadrat Illahi, dengan limpah kurnianya dapat juga saya memenuhi hasrat untuk menghasilkan blog ini. Tercetusnya idea untuk membuat blog ini adalah daripada Tuan suami yang suka membaca segala coretan saya. Juga dari anak- anak yang meminta saya menghimpunkan segala resipi agar mudah untuk dibuat rujukan mereka pada masa hadapan nanti.

Namun, saya tersangatlah baru di sini. Oleh itu, mohon para pembaca jika terdapat kesalahan dalam menulis atau perlu diperbaiki bolehlah kiranya menghubungi saya dengan menghantar E-mail ke inurhayatimalek@gmail.com.

Saya berharap semoga segala yang dicatatkan di sini dapat memberi manfaat buat kita semua. 

Yang Ikhlas,
Nurhayati Maleq







Comments

Post a Comment

Most Popular