Resipi Chicken Cordon Bleu Yang Simple

 

Saya dapat resipi yang sedap ini dari seorang chef kemudian digabungkan dengan resipi asal mereka. 

Maka, hari ini kita terbang ke negara mat salleh sekejap ya.


Chicken Cordon Bleu Sempoi

Bahan:

1 keping dada ayam (cuci bersih)

Cling wrap (untuk wrap ayam) 

3 keping ham (bergantung besar dada) 

3 keping swiss cheese/ mozarella cheese

1 sudu besar tepung goreng ayam 

1 biji telur

5 sudu besar serbuk roti

2 sudu besar parmesan cheese

1 sudu kecil mix herbs


Langkah Memasak:

1. Cuci dada ayam bersih dan potongkan di bahagian tengahnya begini.

2. Setelah dipotong, bentuk daging ayam akan kelihatan seperti bentuk rama- rama atau dalam bahasa orang putih mereka panggil butterfly shape. 

Alaskan daging ayam dengan cling wrap depan belakang sebab sebentar lagi kita akan nipiskan dagingnya dengan menggunakan pengetuk.


3. Ketuk atau tumbuk daging perlahan sehingga kelihatan leper dan nipis. Nak ketuk kena pakai benda yg berat. Jika tiada pengetuk boleh guna lesung batu.

Tujuan menumbuk ini supaya daging akan lebih mudah digulungkan nanti.

4. Beginilah keadaannya selepas diketuk. Isi ayam akan menjadi nipis dan mengembang. Daging juga akan bertambah sedap apabila dimasak nanti.

5. Buka cling wrap bahagian atas daging dan letakkan chicken ham atau turkey ham ikut citarasa anda. 

6. Aturkan keju dalam 3 keping rapat- rapat. Pilihan keju boleh letak mozzarella, cheddar atau keju Swiss

7. Kemudian gulungkan daging lebih kurang macam gulung popia.

8. Bungkuskan daging yang sudah digulungkan tadi dengan menggunakan cling wrap Dan sejukkan sebentar di dalam fridge lebih kurang 30- 60 minit.

Seandainya mahu makan pada waktu pagi. Bolehlah prep pada waktu malam sebelum tidur.

9. Sementara tunggu ayam membentuk di dalam fridge, kita sediakan salutan untuk menggoreng nanti. 

Campurkan dua serbuk ini, serbuk roti bersama serbuk keju parmesan. Lebih sedap jika dicampur bersama rempah mix herbs. Saya tidak ada.

10. Dalam bekas lain masukkan telur bersama tepung goreng ayam. Gaulkan rata.

11. Inilah kejadiannya setelah dikeluarkan dari fridge tadi. Cantik terbentuk dagingnya.

12. Celupkan daging ke dalam bancuhan telur tadi. Pastikan kesemua bahagian disaluti telur.


13. Salutkan pula dengan serbuk roti Dan keju parmesan. Pastikan kesemuanya disapu rata tiada yang kosong. 


14. Bakar di dalam oven suhu 180°C selama 30-40 minit. Mengikut kepanasan oven masing- masing. Nak goreng deep fried pun boleh je ya.

15. Siap sudah hasilnya. Bolehlah dihidangkan bersama keluarga tersayang. Memang semerbak tau aroma keju dan ayam ketika memasak ni. Berkeriuk perut. 

16. Boleh lah dihiris hiris begini supaya mudah untuk dimakan. Memang sedap!


Selamat Mencuba!


#YatiMasakApetu

Comments

Most Popular