Resipi Ayam BBQ Ala Melayu

 


Menu begini memang sesuai jika ada tetamu yang tiba- tiba mahu datang ke rumah. Mudah dan sangat istimewa. 

Rahsia rempah yang dikongsikan adalah dari Tuan suami yang sangat gemarkan masakan Melayu.

Resipi Ayam BBQ Ala Melayu. 


Sesuai untuk menu berbuka satu keluarga.


Bahan Perapan untuk 1 ekor ayam:

1½ sudu besar sos BBQ

2½ sudu besar gula merah

1½ sudu besar gula putih

Garam secukup rasa


Bahan kisar:

2 biji Bawang besar

5 ulas Bawang putih

2cm halia

2cm kunyit hidup

1cm lengkuas

2 batang serai dihiris


Gaulkan bahan yang dah dikisar bersama rempah:

2 sudu besar serbuk cili

1 sudu besar serbuk jintan putih

1 sudu besar serbuk jintan manis

½ sudu besar serbuk ketumbar

½ sudu besar serbuk lada hitam halus (Jika suka pedas, letak lebih) 

Air secukupnya. 

Cara Masakan:


1. Sebelum masak sediakan segala rempah ratus. Jika mahu pedas boleh tambahkan serbuk cili. Jika tidak suka pedas boleh tambahkan bell pepper.


2. Kisarkan semua bahan termasuk bahan perapan bersama rempah ratus yang disediakan tadi. Ketepikan sekejap.


3. Untuk bakar ayam kebiasaanya saya akan guntingkan bahagian tongkeng ayam hingga ke atas. Supaya mudah untuk dibersihkan bahagian dalam.

Bahagian tongkeng saya tak bakar. Simpan untuk buat stock ayam bila- bila nanti.


4. Masukkan kesemua bahan kisar dan gaul rata. Tutup ayam dengan cling wrap. Perapkan selama 30 sehingga 60 minit.


5. Setelah diperap bolehlah dimasukkan ke dalam oven suhu 180°C selama 30 minit. 

Setelah 30 minit. Keluarkan dan sapukan lebihan perapkan tadi ke atas ayam dan masakkan lagi selama 15- 20 minit. 


6. Sementara tunggu ayam masak, kita rebuskan brokoli sebentar.


7. Saya tambahkan Karot agar warna masakan jadi lebih naik dan menarik apabila dihidang nanti. 


8. Setelah siap masak bolehlah kita taburkan sayuran yang sudah direbus tadi sebagai penyeri.

 

9. Alhamdulillah, siap! Bolehlah dihidangkan bersama tetamu. 

Semoga Bermanfaat.

#YatiMasakApetu












Comments

Most Popular