Merenung Masa Lalu
Namun, cukup sekadar dikenang.
Sudah tiada ruang untuk kita kembali. Maka teruslah bergerak ke hadapan. Membina rumah kita yang baru, menghias serta menghargai isi dalamnya yang sudi dan ikhlas bersama.
Selamat tinggal 2022.
Terima kasih atas segala memori suka mahupun luka. Dua belas purnama telah kita lewati. Pelbagai peristiwa telah kita selami. Seharusnya telah banyak yang merubah cara hidup serta gaya pola permikiran kita.
Setiap orang yang kita jumpa, yang pernah membuat diri tersungkur, yang hadir mendamaikan hati, yang menjadikan jiwa berantakan, yang mendoakan kebaikan dalam diam, yang mendorong kejayaan diri.
Sememangnya ia benar- benar telah direncanakan Tuhan untuk membuat diri kau dewasa.
Semoga 2023 menjadi permulaan yang baik, cantik dan banyak lagi hal- hal menarik bakal menanti.
Hi Twinkle.. hihi
ReplyDeleteHiiii 😍
Delete