Resipi Kerabu Telur Thai



Haritu kami berborak di group what's app, salah seorang sahabat saya ada kongsikan resepi yang katanya sangat sedap. Pada awalnya saya tidak percaya. Tetapi setelah dicuba memang benar ia sangat sedap!

Bolehlah simpan untuk menu berbuka nanti.

Resipi Kerabu Telur Thai


Bahan Kisar:

2 ulas Bawang putih

5 batang Cili padi (Ikutlah nak pedas mana) 

3 sudu makan Sos ikan

2 biji limau nipis (diperah jus nya) 

1 sudu makan Gula

Garam secukup rasa

Perasa Ajinomoto (Opsyenel) 


Bahan Goreng:

3- 5 biji Telur


Bahan diracik panjang: 

1 batang Karot

3 helai Salad 

10-15 bijiTomato ceri

3 batang Cili padi

1 biji Epal hijau

3 batang Daun ketumbar

1 biji Bawang besar

Salad (potong kasar) 

Cara Masakan:


1. Sediakan kesemua bahan. Paling penting untuk buat kerabu wajib ada sos ikan ni. Tidak kira jenama apa yang penting ada tanda halal. 

Untuk Limau nipis, ambil jusnya sahaja. Jika tidak suka perah boleh juga gunakan jus limau nipis yg siap sedia dalam botol. Selalu ada jual di pasaraya.

Kisarkan kesemua bahan yang perlu dikisar (boleh refer di bahan kisar) kemudian ketepikan.


2. Pecahkan 3-5 biji telur. Telur ikut saiz. Jika saiz telur gred C boleh letak 5 biji. Jika gred A boleh letak 3 biji sahaja.

Kacaukan sedikit bersama secubit garam.


3. Gorengkan telur ke dalam kuali. Balik- balikkan telur sehingga benar garing. Setelah masak, toskan minyak dengan menggunakan penapis besi. 

Ketepikan.


4. Setelah sejuk sedikit bolehlah diguntingkan telurnya seperti kita mahu buat rojak. 

Hati- hati jika masih panas boleh gunakan penyepit masakan.



5. Racik halus kesemua bahan yang perlu diracik. (Boleh refer di atas). Hanya tomato cherry dibelah dua. Campurkan kesemua bahan termasuk bahan kisar dan gaul rata.


6. Siap untuk dihidang. Memang sedap dimakan nak- nak bila dilawankan dengan tomyam atau sup Thai yg masam tu.

Selamat Mencuba!

Buat Hamimatul. Terima kasih atas resipinya. Resipi asal menggunakan telur mata. Saya olah menggunakan telur dadar rangup.

#YatiMasakApetu














Comments

Most Popular