Resipi Nasi Bukhari Sempoi

 

Hari ini kita masak Nasi Bukhari Ayam, masakan dari Timur Tengah. Usah risau andai tiada rempah bukhari, kita buat sendiri saja rempahnya.

 Jom ke dapur!

Resipi Nasi Bukhari Sempoi 


Sediakan bahan-bahannya:


½ ekor ayam di potong dan di goreng.

(Letak garam dan serbuk kunyit sikit je)

5 Cawan Beras Basmathi faiza


Bahan tumis:

3 Biji bawang besar (dimayang halus)

10 ulas bawang putih (dimayang halus)

½ inch halia (dimayang halus) 

2 sudu besar rempah kurma ayam

1 sudu kecil rempah kari

½ tin Tomato puree (250gm) 

½ cawan susu cair

150gm minyak sapi

1 kiub pati ayam

garam secukup rasa


*Air mengikut sukatan beras

1 cawan beras = 1 cawan air


Langkahnya pula mudah saja:


1. Cuci beras dan tos kan. Masukkan beras dan sukatan air ke dalam periuk nasi. (Boleh rendam seketika untuk bagi beras panjang). Tak hendak pun tidak mengapa. 

2. Dalam kuali, panaskan minyak sapi. 

3. Setelah minyak sapi mencair, masukkan bawang.


4. Masukkan hirisan halia. 


5. Masukkan rempah kurma. Kacau rata supaya tidak berketul.


6. Masukkan pes tomato dan kacau rata. Pastikan api sederhana sahaja.


7. Masukkan kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Gaulkan lagi sehingga sebati.


8. Masukkan susu cair. Tunggu hingga pecah minyak. Tutupkan api.


9. Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi tadi. Tekan suis rice cooker. Gaulkan dan tutup periuk nasi selama 5 minit.


10. Kemudian masukkan ayam yg telah di goreng tadi. Gaulkan perlahan dan tutup. Tunggu hingga masak.

5. Siap dihidang! Taburkan kismis, badam, dan gajus yg telah digoreng. 


*Ketika nasi masih panas. Gaul dengan menggunakan chopstick atau garfu 2 mata bagi mengelakkan nasi hancur.


#YatiMasakApetu

Comments

Most Popular