Resipi Pengat Pisang Menggamit Memori

Bila makan pengat pisang macam ni teringat sungguh dengan zaman kecil-kecil dulu, arwah Ummi rajin buat setiap petang. Balik sekolah agama siap sudah terhidang di atas meja. Jadi untuk kembalikan memori indah itu Yati kongsikan, 


Pengat Pisang Menggamit Memori



Bahan-Bahan:

5 biji pisang

3 helai daun pandan

1 cawan sagu

½ cawan gula merah

3 cawan air (saya guna cawan plastik ikea) 

2 kotak santan (1 kotak = 200ml)

Nota: Saya guna gula merah India. Kurang manis tetapi warnanya pekat. Boleh dapatkan di Mydin.

Cara Masakan:


1. Rebus 1 cawan sagu bersama air. Rebuskan sehingga sagu berubah menjadi jernih.

 Jika air semakin sedikit ketika rebus bolehlah ditambahkan airnya sehingga sagu menjadi jernih cantik serata.


2. Setelah masak kesemua sagu bolehlah ditapiskan dan dilalukan dengan air paip untuk buang segala kanji pada sagu. Setelah itu biarkan seketika di dalam mangkuk.



3. Dalam periuk lain. Kita buatkan air gulanya pula. Panaskan 3 cawan air. 


4. Masukkan gula merah atau gula melaka. Biarkan gula mencari. 


5. Simpulkan daun pandang dan masukkan ke dalam air gula tadi. Biarkan mendidih.


6. Masukkan Pisang yang telah dihiris ke dalam air gula. Gaulkan rata.


7. Biarkan hingga mereneh seketika.


8. Masukkan santan Kara atau santan segar yang pekat. Gaul sehingga tiada yang berketul dalam kuah.

Boleh tambah secubit garam untuk menaikkan rasa lemak santan jika mahu.


9. Kemudian bolehlah dimasukkan Perlahan- lahan sagu kita tadi dan kacau rata.


10. Siap! Simpan dalam fridge sebelum dihidangkan. Memang nyaman sangat rasanya. 

Pengat Pisang ni boleh makan ketika panas mahupun sejuk. Kedua- duanya enak. Namun Yati lebih suka makan Pengat ni apabila sudah sejuk. Segar saja rasa tekak.

Selamat Mencuba ya!

#YatiMasakApetu





Comments

Most Popular