Resipi Pisang Karamel Bersos Kastard
Pencuci mulut ini sangat sesuai dihidang ketika matahari terik mahupun mendung. Terasa sejuk sahaja di tekak.
Ketika dapat tahu sahaja yang Tuan Suami sangat suka akan menu ini, cepat- cepat Yati belajar membuatnya. Ternyata mudah dan ringkas bahannya.
Resipi asal ada menggunakan santan. Yati olah hanya menggunakan susu cair bersama tepung Kastard. Rasa kuahnya lebih pekat dan enak.
Pisang Karamel bersos Kastard Nenas
Bahan pisang karamel:
1 sisir pisang
Sedikit Butter/Mentega
1 sudu besar gula
Bahan sos kastard:
2 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
½ cawan air kosong
Secubit garam
Gula secukupnya
1 cawan nenas
Cara Masakan:
2. Panaskan mentega dalam kuali leper atau pan.
3. Susun atur pisang di atas pan tadi. Kemudian taburkan gula merah.
4. Biarkan gula caramelized bersama butter dan pisang. Balik- balikkan Pisang supaya masak serata.
Setelah masak bolehlah dimasukkan ke dalam fridge.
5. Dalam periuk lain. Masukkan 2 tin susu cair bersama 1 sudu besar tepung kastard yang sudah dibancuh dengan ½ cawan air.
6. Gaulkan hingga kuah menjadi pekat. Pastikan api perlahan. Untuk masak kuah perlulah sentiasa digaul supaya tekstur kuah tidak akan berketul.
7. Masukkan potongan nenas ke dalam kuah. Sentiasa kacau dan biarkan mendidik seketika kemudian tutup api. Setelah itu masukkan gula dan kacau rata.
Tujuan memasukkan gula selepas api dipadam adalah untuk mengelakkan kuah mudah hangit.
8. Siap sahaja bolehlah disejukkan dengan suhu bilik sekejap kemudian masukkan ke dalam fridge.
9. Siap! Bolehlah dihidangkan bersama kuah kastard. Menu ni sangat sesuai buat pencuci mulut ketika berbuka puasa tau.
Selamat Mencuba!
#YatiMasakApetu




















Comments
Post a Comment