Resipi Kuih Wade



Kuih wade ni memang menjadi kegemaran Tuan Suami bersama arwah abah mentua. Ingat lagi dulu setiap kali pulang ke Seremban abah selalu belikan kuih wade ni. Rindu sangat ketika itu.

Sekarang jika ada kuih wade, Tuan suamilah orang pertama yang akan berlari dapatkan. Memang kuih kegemaran beliau sepanjang zaman.

Nak buat kuih wade ni rupanya mudah saja rupanya bahan yang digunakan juga ringkas dan mudah dijumpai di mana- mana pasaraya.

Resipi Kuih Wade


Bahan- bahan:

2 cawan kacang dal (direndam 4 jam)

1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil)

5 tangkai cili kering (dimayang halus) 

2 tangkai daun kari (dimayang halus)

2 biji cili api (dihiris nipis)

1 sudu besar jintan manis (ditumbuk sedikit)

Garam dan perasa secukupnya

1. Masukkan 2 cawan kacang dal ke dalam mangkuk. 

2. Cuci dan tos kan air cucian kacang dal.

3. Rendamkan kacang dal dalam air bersih selama lebih kurang 4 jam supaya kacang menjadi lembut.


4. Setelah 4 jam, toskan kacang dal. Buang airnya.


5. Kisar kacang dal dengan menggunakan pengisar kering. Waktu kisar ni memang saya sengaja biarkan kacang yang tidak lumat. Bila goreng garing lebih sedap rasa tekturnya nanti.


6. Kemudian masukkan saja kesemua bahan yang lain dan gaulkan sehingga sebati.


7. Apabila sudah sebati boleh lah dibentukkan sebatian mengikut citarasa masing- masing.


8. Selesai dibentukkan, simpan di dalam fridge lebih kurang 30 minit sebelum digoreng.

Ini adalah supaya kuih wade tidak akan mudah terlerai ketika digoreng.

Jika mahu makan waktu petang bolehlah prep pada waktu pagi. Jika mahu makan waktu sarapan bolehlah prep pada waktu malam.


9. Panaskan minyak dalam kuali.


10. Letakkan perlahan di dalam minyak. Pastikan kuih wade tenggelam dalam minyak yang panas. Jaga- jaga api hanya perlahan agar tidak hangit pula.

11. Apabila sudah masak di bahagian atas bolehlah dibalikkan kuih wade supaya bahagian bawah juga masak serata.

12. Kuih wade yang telah masak sempurna akan berwarna coklat keperangan. Bau daun Kari dan rempah ratus juga sangat naik dan sedap ketika ini.

13. Alhamdulillah, siaplah sudah kuih wade kita. Resipi yang dipilih kali ini memang tersangatlah sedap dan akan menjadi salah satu resipi pilihan keluarga.

Selamat Mencuba, semua!


#YatiMasakApetu




Comments

Most Popular