Resipi Khengsom Versi Mudah


Sedang duduk bersahaja di pantri rindu pula nak makan asam rebus Thailand. Makan di kedai kadang- kadang tu tak puas. Jadi tempoh hari gigihkan diri juga saya bertanya kawan tentang resipi ini. 

Saya tidak pernah masak Kheng som melainkan hanya beli di kedai saja. Tapi Kali ini demi memuaskan hati saya masak juga.

Resipi Kheng Som Versi Mudah


Bahan kisar:

½ inchi kunyit hidup

1 biji Bawang besar

3 biji Bawang merah

3 ulas Bawang putih

3 batang Lada besar merah

7 batang Cili padi (Jika suka pedas lebihkan)

1 batang serai

Belacan bakar sebesar ibu jari (dibakar dahulu)


Bahan masak:

Seekor ikan siakap

Seikat Kangkung (dipotong)

½ biji Nanas masak (dipotong kecil) 

½ Gula nise/gula melaka

2 sudu besar asam jawa Adabi

1 biji perahan Jus limau nipis

Garam secukup rasa. 


Cara Memasak:

1.  Cuci bersih ikan siakap. Untuk ikan anda boleh pilih ikan kesukaan anda. Tetapi kebanyakan yang memasak lebih memilih siakap, Jenahak, keli atau baung.

2. Untuk kangkung pula pilih daun yang hijau sahaja. Boleh potong batang kangkung dalam 2 inci setengah setiap jarak.

3. Pertama sekali kisar semua bahan yang perlu dikisar (ada dinyatakan di bahagian atas) sehingga lumat.

4. Dalam periuk masukkan dalam 2- 3 cawan air.


5. Masukkan bahan kisar ke dalam air. Kacau hingga rata.


6. Masukkan air perahan jus limau nipis atau boleh guna jus limau nipis dalam botol. Gaulkan rata.


7. Masukkan air asam jawa atau asam jawa adabi. 


8. Masukkan gula nise. Saya tiada gula nise jadi tukar kepada gula merah. 


9. Perisakan gula, garam dan cukup rasa atau ajinomoto secukup rasa. 


10. Setelah kuah mereneh bolehlah dimasukkan ikan siakap. 


11. Kemudian masukkan potongan nenas dan gaul sehingga nenas masak. 


12. Masukkan kangkung sekejap sahaja kemudian Tutupkan api supaya kerangupan kangkung tidak hilang. 


13. Siap sedia dihidang. Memang sedap dimakan bersama nasi panas dan telur dadar.


Selamat Mencuba!


* Terima kasih buat sahabat saya, Siti Mazlyn kerana membantu mendapatkan resepi yang sedap ini.

Comments

Most Popular